Wednesday 13 April 2011

"Kena Percaya dengan Kebolehan sendiri!..."

Add caption
Kejayaan dalam hidup tidak akan tercapai dan terlaksana jika tidak percaya dengan KEBOLEHAN pada diri sebagai 'Anugerah' ALLAH S.W.T kepada kita. Langkah pertama untuk menegakkan kepercayaan pada diri sendiri ialah ; mengenal DIRI SENDIRI, mengenal LATAR BELAKANG, dan BAKAT2 yang ada pada diri sendiri, setelah itu kembangkan KEBOLEHAN dan BAKAT2 itu dengan penuh KEYAKINAN dan KEBERANIAN.Awasilah pada kepercayaan yang BUTA yang tdak mengenali diri sendiri, Ini adalah satu kepercayaan yang merbahaya yang menggerakkan seseorang itu membelakangi kenyataan dan menipu diri sendiri..

Jangan menggangap diri kurang dan tidak berkemampuan kerana ALLAH S.W.T menjadikan INSAN ini semuanya sama, diri kita tidak kurang dari Manusia lain.Kita hendaklah percaya bahawa diri kita tidak kurang dari insan lain yang telah berjaya!. Meneliti orang-orang yang berjaya adalah sebagai pendorong kuat untuk meneguhkan semangat percaya pada diri sendiri yang telah diberi oleh ALLAH S.W.T dan perlu dimanfaatkan ke jalan yang diREDHAINYA....




Fateen name panggilan dari kecil sampai lah sekarang ni..senang dengan nama itu.Tapi nama sebenar I ..ialah Fat'hiya bt Shukor..haa..lengkap tak name betul aku....aku bgtau ni...I/c...opss...merapu lah aku ni hehehe... Tahun dilahirkan pada 1978 bulan Februari 25 . Berbintang pisces la babe!, dilahirkan di daerah Johor Bahru, ibu cakap dia lahirkan aku kat Private Klinik..Klinik Dato' Dr. Teoh. Abang?..Kakak?.Adik.?? Senang faham aku anak tunggal lah babe!..anak manja???...tidak juga..aku seperti orang normal lain..kalau nakal atau tidak mengikut kate2 ibu n abah..mesti kena marah atau dirotan juga, adatlah tu kan.........Jadi Disini....Aku ingin berkongsi ape yang aku rase, ape yang aku buat dan ternyata...aku silap..kata orang belum cuba..belum tahu kan??..Aku mencuba apa yang ingin aku lakukan.dn banyak bertanya pada Ibu, kawan2, makcik suami dan buat rujukan di buku, internet dn mcm2 lagi Aku nak cari pengalaman..(Sebenarnya..kalo ikut dari sebelah ibu dan abah...sememangnya keluarga kami..memang pandai memasak membuat kuih dan berniaga...dari nenek di sebelah ibuku mahupun dari sebelah abah..mmg pandai membuat kuih, kek dan pelbagai lagi.Ibu dan abah 'copy paste' dari emak mereka lah. Ibu memang pandai buat kuih, kek, memasak dn macam2 lagi sama seperti abah, beliau memang pandai memasak. Masak ape sahaja...Nasi Ayam! Nasi Beryani!.pelbagai lauk dan sebenrnya abah dari muda memang berniaga sebab minat dalam bidang masakan ni..Beliau juga pernah satu ketika dulu berniaga makanan di Tapak KOMTAR Johor bahru, ade lebih kurang 5 6 tahun..Mungkin rezeki sampai takat tu..biasalah hidup didunia ini.pasti ade yang dengki dan iri hati hmm lupakan cecite itu....lihat pada ibu, beliau sangat kreatif aku suka dengan cara ibuku, bila membuat sesuatu beliau akan cuba sehingga berjaya dan tidak akan berputus asa. Aku sering melihat sahaja tanpa melakukannya, tetapi bila aku cuba ternyata..aku boleh...Alhamdulillah..aku boleh buat seperti Ibuku!... aku banyak belajar dari Ibu abah dan makcik-makcik..


Ibu dan barang Kraf Hantaran


Ibu minat juga membuat kraf dan menghias hantaran baik untuk pertunangan dan hantaran perkahwinan. Aku suka melihat sampai lah ketika bila aku bertunang ibu yang buat semua hantaran aku. Sampai waktu aku berkahwin ibu juga yang membuatnya. Dari situlah.timbul minat kami untuk menyewakan Dulang hantaran, alas dulang yang menarik dan menghias hantaran untuk pertunangan dan perkahwinan.


Banyak koleksi-koleksi alas dulang yang telah ibu buat untuk disewakan kepada sesiapa yang berminat. Dalam masa terdekat ni kami akan menambah koleksi dulang hantarn yang pelbagai untuk disewakan.

No comments:

Post a Comment